Jumaat, November 30, 2007

heheeh...animasi oh animasi...

as salam...akhirnya, pada 28 November 2007 (Rabu) bertempat di BK EPC Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pameran dan pertandingan projek akhir telah dilangsungkan dengan jayanya....

tahniah buat yang telah merangkul gelaran projek akhir terbaik dan dinobatkan selaku Johan pertandingan...tidak diragukan lagi penilaian daripada para panel...tahniah sekali lagi...

dan di alam pameran itulah, identiti aku selaku encik yang MiSTERi sudah terbongkar....heheheh...
secara tidak sengaja mereka-mereka yang hanya mengenali nama aku telah berjaya menatap wajah aku yang tak hensem nih...hikhikhik...kantoi daa...susah lah mcam nih...

tapi tak kesah laa...lagipon aku akan tetap menjadi MiSTERi walau apa pon yang berlaku...hahahahaha....

agak ramai pengunjung yang berkunjung ke Laptop aku untuk melihat animasi yang aku hasilkan dan memang diluar jangkaan aku...mereka-mereka semua inginkan animasi aku tak taulah untuk apa, mungkin untuk koleksi atau mungkin sebagai bahan untuk ketawa..hehehe..
dan dengan itu, aku dengan bangganya mempersembahkan animasi aku untuk dimuatturun...tak payah susah-susah nak merayu pada aku...korang suma buleh muatturun dan gelakkan animasi aku...hehehehe....

carilah sendiri kat mana link animasi aku tuh...pandai-pandai koranglah....
setakat tuh je laa aku mampu buat untuk korang...takkan aku nak burn masuk CD untuk korang...banyak nya duit aku kan...?hahahaha...

ok, takat nih dulo....selamat memuat turun dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blogs rasmi aku nih dan sudi berkunjung ke meja aku semasa pameran projek akhir....

see yaa....




Galeri Pameran dan Pertandingan Projek Akhir sesi Julai 2007
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Johor Bahru



habuan ke humban?
inilah habuannya...ingat tak dapat apa-apa...tapi alhamdulillah...ada gak penghargaan terhadap animasi tunggal dalam pameran...hehehe... anyway, kepada cik/puan pengacara majlis, tajuk animasi saya bukan 'theMysterious animation' tapi 'Animasi Tauladan: Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama'... theMysterious animation tuh production team in producing this animation... hehehe...tak kesahlah... hidop kartun Malaya!!


aksi melampau...
inilah wajah-wajah finalis pameran dan pertandingan projek akhir...huh...macam biasa laa...pompuan lebih ramai daripada lelaki...apa-apa pon tahniah untuk semua...terutama kepada:
1. Ayu (Johan - Sistem Perpustakaan)
2. Lan (Naib Johan - CD Interaktif: Bahasa Isyarat) 3. Mekda (Dokumentari: Putrajaya) 4. Croco (CD Interaktif: Panduan Solat) korang memang sempoi!!


bilik pameran dan pertandingan projek akhir
Diploma Teknologi Maklumat
yaa...di sinilah semua 13 projek akhir Diploma Teknologi Maklumat JKE/PJB dipamerkan...macam-macam ada dalam pameran nih; CD Interaktif, Laman Web berasaskan E-Dagang, Dokumentari dan pastinya animasi...hehehehe...
best gak bilik pameran nih...sejok..air-cond laa katakan...hikhik..sejok-sejok pon, baju aku abes basah berpeloh...apsal ntah...metabolisme aku nih tinggi kot...
apa tuh metabolisme...????


get ready..they're all coming..
nampaknya suma sedang bertungkus lumus mempersiapkan persembahan projek akhir memasing...sebab dalam pukul 10, penilai akan meronda dan menilai projek akhir...huh...cuak giler...tuh tengah siap ler tuh...macam-macam diorang hias..almaklumlah, perempuan...siap bawak alas meja lagi...dasat giler...WOW...
ada plak siap tampal 'LOVE' kt notebook...tapi macam tak berhasil nk memikat penilai...
hehehe..sori laa IS yer...huhuh...mungkin rezeki bukan kt sini....

::mysterious::
happybutMiSTERi

Khamis, November 22, 2007

Alhamdulillah...

alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ya Rabbi, ALLAH SWT...ALLAH Maha Besar..
berkat doa mak aku...kawan-kawan dan aku sendiri, akhirnya projek akhir aku terpilih untuk menyertai pameran projek akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Johor Bahru pada 28 November 2007 kelak...
terima kasih aku ucapkan kepada semua, mak, ayah, kengkawan, para panel juri dan juga penyelaras projek yang sudi memilih projek akhir aku ini bersama 11 orang lain daripada kelas aku sendiri (3 orang termasuk aku) dan selebihnya daripada kelas Integrasi untuk dipamerkan pada pameran kelak..
syukur alhamdulillah, kesungguhan dan penat lelah aku terbalas jua...
betapa semakin aku yakin dengan kebesaran Allah SWT yang mengurniakan ilham kepada aku dalam menghasilkan projek akhir aku ini...
ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar...Segala puji bagi ALLAH SWT...

akhir kata, terima kasih semua...
teruskan mengunjungi blog aku ini...
assalam alaikum....


::mysterious::

Ahad, November 18, 2007

Khasiat surah Yaassin

Surah Yasin perlukan dibaca dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan khasiatnya. Bacalah Surah Yasin apabila:


* anak sakit

* semasa dalam kesusahan

* untuk memudahkan urusan

* untuk memudahkan perjalanan



* Bacalah Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x. Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira
mati dalam tidur, dosa diampunkan.



AYAT 29

* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.



AYAT 36

* Untuk cari jodoh

- Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari.



AYAT 58

* Jika sakit anggota/Tak tenang hati

- Baca 7 kali dan gosok pada tempat sakit.



AYAT 76

* Bila rasa sedih

* Untuk menenangkan hati

- Gosok jantung sambil baca



AYAT 82

* Jika mandul

* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan.

- Sembahyang tahjud

- Sembahyang hajat

- Doa minta hajat.

- Baca ayat 100x dengan yakin.

- Amalkan 41 malam.



Untuk menyembuhkan penyakit dalam badan

- Seperti di atas

- Bila baca ayat, tiup dalam air.

- Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain.

- Doa sambil minum.

- Untuk 41 pagi.

source: http://dnavecheebeauty.blogspot.com/

Sabtu, November 17, 2007

Selesai sudah..

alhamdulillah, segala kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Esa...kerana atas limpah kurnia-Nya, aku berjaya membentangkan projek akhir aku dengan jayanya...
huh...setelah hampir 5 bulan aku dan kengkawan yang lain bergelumang dengan projek akhir ini...dan alhamdulillah, segalanya telah tamat...
pada Isnin lalu, (12 November 2007) jam 1010 pagi, aku telah memulakan pembentangan projek akhir aku iaitu Animasi Tauladan: Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama (buleh muatturun) dihadapan lebih 10 orang termasuk dua orang juri: Encik Mohd Faris dan Encik Mahezan serta seorang penyelaras projek: Pn Noor Afzan dan kengkawan yang lain dari kelas aku mahupun dari kelas Integrasi yang sudi hadir memberikan sokongan moral kepada aku...
hehe...
walaopon aku rasa amat gementar, tapi dengan berkat doa daripada IbuBapa aku serta kengkwan yang lain, aku berjaya membentangkannya dengan lancar sekali...Alhamdulillah...
aku agak berbangga dengan pembentangan projek serta demonstrasi projek yang aku tunjukkan kepada juri dan kengkawan yang berada di dalam Lab 8 pada hari tersebut...
selepas tamat sesi demonstrasi, sesi soal jawab dapat aku uruskan dengan baik...Alhamdulillah, semua soalan dapat aku jawabnya...

dan satu perkara lagi yang agak membanggakan aku ialah, salah seorang daripada juri (En Mahezan) ingin propose projek aku untuk bertanding di dalam pameran...tapi, itu hanyalah perancangan...
hanya Allah mampu mengatur segalanya...aku hanya berserah...kalao ada rezeki, dapatlah aku mempertandingkan projek akhir aku ini dalam pameran yang akan berlangsung pada hujung bulan ini...kalao tak silap aku laa..

dan oleh kerana pembentangan projek telah selesai, alhamdulillah...lapang semula kepala aku...kini aku hanya menumpukan kepada projek-projek modul yang lain serta musim peperiksaan yang akan menjelang awal Disember kelak...
huh...memang lapang...dan bukan aku sahaja yang gembira, malahan semua kengkawan yang sama-sama membentangkan projek sepanjang tiga hari (12,13 dan 14 November) lega kerana masa kritikal kami telah habis...

terima kasih kepada pengunjung blog ini yang telah membaca blog aku pada keluaran yang lalu dan telah sama-sama mendoakan aku...
aku amat menghargainya dan hanya Allah Taala jua yang dapat membalas jasa baik kalian...

theMysterious animation proudly present:
Animasi Tauladan: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

::mysterious::

Sabtu, November 10, 2007

aku balek...yeh..yeh..

arrrggghhhhh...akhirnya aku kembali ke rumah...dan sekembalinya aku, kembali jua aku ke pangkuan internet aku!..best..best...dah lama tak mengorak langkah ke dalam dunia ni dengan lebih lama...biasanya just 5-10 minits only....hahha...

kenapa aku balek rumah???kenapa??kenapa???arrgggghhhh.....
sebabnya..senin nih aku ada presentation final project aku...iaitu animasi...hah????aku buat kartun????betol ker???

entahlah...tak rupa kartun pon aku nengok...bengong jer...sesapa nak tgk kartun tuh, nnt aku upload...(kalu buleh laa)...

apa nk citer lagi??oh yer...punca kepulangan aku ke rumah kan....?yaa, aku pulang kerana presentation....kerana apa? kerana presentation..! kerana apa? kerana Karina...! kerana apa...? kerana korang kena penampor TULI aku kalao korang tanya lagi!!!! jgn ditanya kenapa...hahahaha...

yaa, aku kena build-up balek PC aku...almaklumlah, nk present nih kena bawak sdri...takot ada problem masa hardwarepresent/demo final project...so, aku balek sbb nk build-up blek PC aku...kenapa nk build-up balek? sbb PC sedia ada menumpang pada casing CPU yang disedekahkan oleh Cawangan Khas JBS...casing tuh dah tak rupa casing CPU dah rupanya...dah macam jamban yang penyamun-penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok pecahkan tuh hah....so, aku kena build-up balek...memerlukan kesempurnaan sket..

nih pon tak sempat lg nk pi beli...sbb malam td, on the way balek Tampoi, tayar motor aku pancit plak kt highway PG....aduhhh...dah laa malam...nasib baik kedit ada....tp bateri plak low....tekanan...tekanan....so, solution dia terpaksa call housemate aku datang bawak tiub dgn pam...termunggeh aku, bukak tayar motor memalam...

berjaya tak????
memang berjaya...aku berjaya membuka dan memasang kembali tayar moto aku...tp....hah..ada tapi dia...tapi tiub tuh pon bocor gaks....aduh....nasib baik masa aku tgh nak pasang balek tayar moto tuh, Big BOSS aku sampai dgn Mem Besar....(parents)...sampai...

so, penyelesaiannya, aku kena tinggalkan bELaLaNG^tEmpUr aku kt Petronas Pasir Gudang...baru lah td pi repair balek semula....huhu...
moral kt sini, sesapa yang menunggang motor tuh, standby lah kedit phone, bateri phone, duit sket, tiub tayar, pam dan peralatan yang perlu untuk bukak tayar...dan tidak dilupa kemahiran untuk membuka tayar...hampeh jer nanti kalo tak tao buat....

ok...aku dah letih...nk rest kejap...doakan kejayaan aku senin nih....


::mysterious::

watak utama dalam animasi aku...encik Katak...hihihih
hero kedua..Jibek...ahak..


Selasa, November 06, 2007

aku yang tensen!