Khamis, September 11, 2008

Terkini tentangku

Assalamualaikum... lama sungguh tak menyumbangkan coretan bagi laman blog ini...
entahlah...terasa malas rasanya nak menaip tentang diri ini... dan tiba-tiba plak terasa nak menaip malam nih...pejam celik..pejam celik...dah sebelas hari kita berpuasa..sekejap je masa berlalu..

untuk perkembangan terkini...ya, aku kini telah berkhidmat dengan sebuah universiti terkemuka di Malaysia sebagai Juruteknik Komputer yang berkuatkuasa 4 September 2008 yang lalu. dengan selamba aku memulakan tugas baru aku ini. untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bertugas di GIANT Hypermarket Tampoi sebagai PC Support selama 3 bulan bermula 12 Mei hingga 31 Ogos yang lalu.

Agak sedih meninggalkan suasana, teman-teman dan boss aku di sana. walaupun aku agak kecewa dengan bayaran gaji aku di sana, namun memori bertugas di sana membuatkan aku merinduinya. aku merindui tugas aku, teman-teman dan boss aku. mereka semuanya baik dan menerima aku seadanya. aku memang betul-betul gembira di sana.

kini, aku mulakan tugas di tempat baru. entahlah...setakat ini aku rasa, agak seronok. mungkin masih di bulan Ramadan, so aku tak rasa sangat beban kerja. walaupun baru seminggu di sini, tapi aku rasa boleh menyesuaikan diri dengan situasi kerja yang baru..

rakan-rakan seangkatan di sana (senior Technician) pon ok..peramah dan tidak lokek membantu aku yang masih fresh nih..
lagi pula, aku berada dalam perkhidmatan kerajaan. tahu tahu sajalah kalau bekerja dengan kerajaan, banyak insentif (maksudnya wang) yang diberikan selain bayaran gaji yang ditawarkan setaraf dengan kelayakan. berbanding dengang sektor swasta, bayaran gaji di sini boleh aku katakan sekali ganda lebih besar.

dan setakat ini, aku agak berpuas hati.


so, takat ini dulu lah coretan aku. mungkin aku akan terus update cerita tentang aku dari semasa ke semasa, dengan izin-Nya.

ok, sayonara dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Assalamualaikum!



regards,
hafiz