Sabtu, Disember 29, 2007

erm..erm..2007

erm..erm..as salam...dalam beberapa hari je lagi tahun 2007 dah nak berlalu dah kan...timbul plak tahun 2008..huh..macam2 kenangan tercoret sepanjang tahun 2007 nih..

tapi setiap kali muncul tahun baru, aku tak pernah berazam..tak macam orang lain..sebok berazam itu ini tapi apa pun tak ada..erm..erm..tapi aku ada sesuatu aku nak buat tahun 2008..hehe..apa dia?? adalah...

apa-apa pun, aku akan cuba mencuri sedikit masa untuk terus berkongsi sedikit sebanyak bukan sahaja pengalaman aku tapi pengetahuan aku untuk kita sama-sama mengharungi kehidupan yang fana ini...dalam mencari keberkatan dan keredhaan-Nya..

ok la...kalo aku membebel panjang pun tak guna..bukannya korang suma baca pon..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2008M
...kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (dialog MELODI plak)...

wish me luck..pray for me and i'll pray for all of u Muslimin and Muslimah, Mukmin and Mukminah of course...everyday in my solah..

see ya..till next articles...
daa...

assalamualaikum wbt...


regards:
Hafiznor
theAdmin

Jumaat, Disember 14, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa

akhirnya, tamat sudah pengajian aku dalam kursus Teknologi Maklumat untuk mendapatkan segulung diploma. dengan berakhirnya pengajian ini, maka berpisah sudah aku dengan kawan-kawan yang lain yang pastinya meninggalkan seribu kemanisan kenangan yang takkan aku lupakan (insyaallah). dengan berat hati aku melepaskan semua kawan-kawan yang aku kenal tiga tahun lalu. namun begitu, kenangan bersama tetap aku pahatkan dan dapat dirakamkan dalam majlis akhir dan perpisahan kursus Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Johor Bahru di Hotel Selesa Pasir Gudang pada 12 Disember 2007 yang lalu.

kegembiraan nyata terpancar di setiap wajah pelajar-pelajar DIT dan pastinya pada akhir jamuan menitislah air mata perpisahan yang berpanjangan. bermulalah detik baru dalam hidup setiap orang yang akan meneruskan kehidupan yang seterusnya samada meneruskan pengajian atau bekerja.

dan pada malam akhir itu jugalah, identiti sebenar aku yang ditakuti oleh kebanyakan pelajar perempuan kelas aku terbongkar. ternyata sangkaan mereka tersasar dan benar-benar dapat mengenali identiti aku sebenar yang sering disalah ertikan.

begitu terasa kehilangan seorang demi seorang yang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan mungkin takkan dapat bertemu kembali. hanya ALLAH jua yang mengetahui segalanya.

aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung nyawa aku kepada semua kawan-kawan. halalkan apa jua yang pernah aku termakan, minum dan ilmu yang disampaikan. moga persahabatan dan perkenalan kita akan kekal walau kita jauh di mata, namun tetap terpahat dalam hati aku. hanya foto-foto kalian penawar kerinduan aku.

semoga kalian berjaya dalam apa jua yang dicitakan dan berbahagialah kalian dalam hidup di dunia wal akhirat.





seribu kenangan, terpahat di jiwa
majlis jamuan akhir dan perpisahan
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sesi 2005-2007
Politeknik Johor Bahru


berikut adalah kenangan yang sempat dirakam dan aku suakan untuk tatapan bersama...



VENUE and WARDROBE

inilah wardrobe untuk jamuan akhir yang direka, disedia dan bermacam 'di' lagi oleh Nik Zizie Azuin and the gang yang comel. warddrobe last minute disediakan dalam kesibukan menelaah untuk menduduki paper akhir Sistem Maklumat. terima kasih atas usaha murni ini, Nik and the gang.

set desert yang disediakan oleh pihak pengurusan katering hotel Selesa untuk jamuan akhir dan perpisahan ini. semuanya enak-enak belaka. terima kasih jua kepada semua krew yang terlibat. sanggup berusaha demi kami. terima kasih sekali lagi.

usaha demi semua. inilah sikap mereka. sanggup datang ke venue untuk mempersiapkan ruang jamuan selepas tamat paper Sistem Maklumat. kami amat menghargai jasa dan usaha kalian.

meja makan yang disediakan untuk 30 orang pelajar DIT yang menghadiri jamuan akhir dan perpisahan ini. sungguh selesa sekali. ternyata begitu bermakna jamuan ini sebagai mengenang persahabatan dan perkenalan selama tiga tahun lalu.

berusaha Nik, Ana dan Ayu meniup belon untuk memastikan wardrobe sempat siap sebelum majlis bermula pada malam hari. mereka memang sempoi dan best.!


WAJAH-WAJAH

gandingan mantap pengacara majlis selaku orang penting yang menguruskan perjalanan majlis. ternyata gandingan ini menjadi walau tidak pernah berbincang tugas masing-masing untuk mengacarakan majlis. gaya spontan yang menjadi. persediaan dan keyakinan yang amat nyata.

wajah-wajah para pelajar lelaki Diploma Teknologi Maklumat sesi 2005-2007 yang sungguh mantap, macho, bergaya dan sungguh sakti. harapan generasi kini untuk memimpin generasi hadapan menuju kejayaan di dunia wal akhirat.

aksi ngeri para pelagak ngeri..






AKTIVITI

aktiviti yang diatur sepanjang majlis. aktiviti yang disediakan adalah 'Kotak Beracun', 'Rebut Kerusi' dan pertandingan karaoke duet.

mangsa keadaan. saudara Herdi membaca 'denda' dalam permainan 'Kotak Beracun' yang memerlukan beliau meluahkan kata-kata paling romantis untuk si gadis pujaan. dan ternyata respons yang baik daripada si dara untuk si teruna. kalian memang pasangan yang sempoi dan sporting. miss yaa all dude.!

penyampaian anugerah "Pelajar Paling Berani" atau sebenarnya adalah anugerah "Pelajar Paling Membosankan". terima kasih kepada yang mengundi dan tahniah kepada yang merangkul anugerah-anugerah yang lain:
1. Pelajar paling pendiam: - Hidayah Kaliwon
2. Pelajar paling huru-hara: - Hairi Bujang
3. Pelajar paling kelakar: - Maisarah
4. Pelajar paling ceria: - Norerniyanti Baharom
5. Pelajar paling skema: - Noridayu Mohd Shah
6. Pelajar paling berani @ membosankan: - Hafiz Nor
7. Pelajar paling sempoi @ poyo: - Fazli Salleh
8. Pelajar paling bergaya: - Afiq Aziz

gandingan duet yang spontan. petikan gitar daripada saudari Rinee yang enak dan mantap. lagu yang dipersembahkan daripada nyanyian Ella ft Korie - Pergilah Sayang. ternyata enak lagunya tapi hancur kerana mereka...hikhikhik.


penyampaian cenderamata DIT oleh saudara Afiq selaku wakil kelas untuk semester 6. terima kasih kepada yang memilih hadiah cenderamat. cantik dan sungguh padan dengan kita semua dan pastinya akan aku kenang kalian semua setiap kali aku memandangnya.



KENANGAN MENGUSIK JIWA





panca sitara versi DIT.




KENANGAN SELAMANYA DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 (terakhir) POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Pelajar-pelajar DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 Politeknik Johor Bahru.
kalian sentiasa di hatiku.!




semoga kita bertemu lagi...

Andai ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Pasti kita bertemu lagi...


JUMPA KALIAN SEMUA DI MAJLIS KONVOKESYEN KELAK!


best regards;
theMysterious
(HAFIZNOR)