Assalamualaikum... lama sungguh tak menyumbangkan coretan bagi laman blog ini...
entahlah...terasa malas rasanya nak menaip tentang diri ini... dan tiba-tiba plak terasa nak menaip malam nih...pejam celik..pejam celik...dah sebelas hari kita berpuasa..sekejap je masa berlalu..
untuk perkembangan terkini...ya, aku kini telah berkhidmat dengan sebuah universiti terkemuka di Malaysia sebagai Juruteknik Komputer yang berkuatkuasa 4 September 2008 yang lalu. dengan selamba aku memulakan tugas baru aku ini. untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bertugas di GIANT Hypermarket Tampoi sebagai PC Support selama 3 bulan bermula 12 Mei hingga 31 Ogos yang lalu.
Agak sedih meninggalkan suasana, teman-teman dan boss aku di sana. walaupun aku agak kecewa dengan bayaran gaji aku di sana, namun memori bertugas di sana membuatkan aku merinduinya. aku merindui tugas aku, teman-teman dan boss aku. mereka semuanya baik dan menerima aku seadanya. aku memang betul-betul gembira di sana.
kini, aku mulakan tugas di tempat baru. entahlah...setakat ini aku rasa, agak seronok. mungkin masih di bulan Ramadan, so aku tak rasa sangat beban kerja. walaupun baru seminggu di sini, tapi aku rasa boleh menyesuaikan diri dengan situasi kerja yang baru..
rakan-rakan seangkatan di sana (senior Technician) pon ok..peramah dan tidak lokek membantu aku yang masih fresh nih..
lagi pula, aku berada dalam perkhidmatan kerajaan. tahu tahu sajalah kalau bekerja dengan kerajaan, banyak insentif (maksudnya wang) yang diberikan selain bayaran gaji yang ditawarkan setaraf dengan kelayakan. berbanding dengang sektor swasta, bayaran gaji di sini boleh aku katakan sekali ganda lebih besar.
dan setakat ini, aku agak berpuas hati.
so, takat ini dulu lah coretan aku. mungkin aku akan terus update cerita tentang aku dari semasa ke semasa, dengan izin-Nya.
ok, sayonara dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Assalamualaikum!
regards,
hafiz
Khamis, September 11, 2008
Terkini tentangku
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
11:11:00 PTG
0
ulasan
Label: Pengalaman, preview
Jumaat, Januari 25, 2008
Terkini Januari 2008...
Assalamualaikum wbt…
Huh..lama dah tak mencoretkan perkembangan dan cerita-cerita panas yang terkini…hehe..sibuk siket dgn urusan harian duniawi semata-mata nih…hehe…dunia, dunia gak, akhirat tetap tak buleh lupa..kan..kan…
Anyway, apa yang nak diceritakan??
Ohh…pertama sekali tentang punca ketidak kemaskinian (up-to-date) blog aku nih…ini berikutan aku sibuk bekerja...Aku sedang bertugas di sebuah Madrasah Tahfiz di sekitar Johor Bahru nih…bukan full time pon..nih pun sibuk gak cari-cari kerja lagi nih…sesapa ada any job, buleh kongsi dengan aku…
Apa tugas aku kt madrasah tuh agaknya ya…?
Ya, aku ditugaskan selaku IT Administrator yang bertanggungjawab mengendalikan sistem rangkaian dan sistem-sistem yang diguna pakai oleh pihak pengurusan madrasah...selain itu, aku bertanggungjawab ke atas setiap stesen kerja dari segi maintanance dsb...bunyi macam senang je kan? Tapi, sendiri agakla..senang ke susah...
Akan datang, Insyaallah aku akan memulakan kelas komputer di madrasah ini dalam usaha pihak pengurusan mendedahkan kepada para pelajarnya kepentingan dan perkembangan dunia teknologi seperti penggunaan asas komputer yang semakin dianggap sebagai satu asas dalam melaksankan tugas pada masa akan datang kelak....
Itu jelah yang dapat aku coretkan buat masa nih...
Kepada kengkawan or visitor yang tinggal sekitar Tampoi (Tmn Dahlia, Tmn Melor dan yang sewaktu dengannya) yang mempunyai masalah dengan komputer memasing dan ingin melakukan aktiviti format ke atas komputer mereka, buleh kontek aku...aku sedia memberikan khidmat aku dengan sebaik mungkin dan sewajarnya serta dengan nilai yang amat...amat...amat berpatutan..(aku tak makan riba’)...
Untuk menghubungi aku: +6019 7623 539 (handphone)[sms only]
brobear_dit@yahoo.com.my (email)
ok, till next article..
daaa....
assalamualaikum...
regards;
::mysterious::
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
8:47:00 PG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman, preview
Ahad, Januari 06, 2008
Thank You ALLAH
ALHAMDULILLAH..inilah kalimat pertama terpacul keluar dari mulut aku tatkala keputusan peperiksaan akhir aku terpampang di skrin komputer. mata aku pantas mencari pointer semester dan pointer terkumpul aku. sungguh tak sangka, ALLAH Taala makbulkan doa aku. dengan itu juga jantungku berdegup kencang kerana pointer semester aku agak tinggi dan yang paling tinggi sepanjang enam semester aku menuntut di Politeknik Johor Bahru.
i am very relief..for all my efforts are granted and i get the result.. but, am i ready to step forward facing the real world? maybe not..this is just a beginning of my life..there are still too far for me to achieve what i am desired..
deep in my heart, i believe in ALLAH Taala powers..He the only One can determined everything in my life..but, i still need to keep trying to achieve my plan and always pray to ALLAH Taala for HIS Mercy to granting my wish..
so, from now on i need to keep trying and trying to achieve what i need in my life..with my qualifications and skills i am very confident that i can do it..
sorry for my broken English..i can't do more than this..hope all of you can understand...
till the next articles..
theMysterious aka Hafiznor
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
4:30:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Jumaat, Januari 04, 2008
Sila lah baca kalau bosan
erm..erm..tepat jam 2.23 pagi bertarikh 4hb Januari 2008...erm..erm lagi...dah 74 jam 23 minit berlalu masuk ke tahun 2008..
tadi rasa amat mengantuk..iring kanan, iring kiri, terlentang pun tak buleh tido..bila dah macam tuh, turun je dari katil terus keluar bilik..menjengah persekitaran di ruang tamu...sunyi..
bukak peti sejuk, teguk air...lepas tuh amik handphone tekan-tekan takda mesej masuk..huh..boring..scroll down butang handphone tuh...saja usha nombor telepon..dah tak tao nak buat apa lagi dah...serius! boring sungguh...
lepas tuh, apa lagi..on monitor (PC tak off sbb tgh download Naruto)..dek kerana dah tak tau nak buat apa, apa lagi...masuk la blog aku nih...ronda-ronda link kengkawan...cari blogs friendster kengkawan...first skali masuk blogs Ibah (kikilala - korang bukan kenal pon)...lepas tuh ronda blogs sahabat aku, si Muaz plak..eh, dia ada new entry blogs laa...apa lagi, baca laa...eh, boring plak baca bodoh jer...apa lagi, nyalakan plak rokok aku...fuhh..masyuk..baca la blogs dia tuh...eh, panjang pulak citernya...
abis geledah blogs orang...terasa nak menaip plak entry baru dalam blog aku nih plak...
apa nak borak? tak tau ler...
mmm...skrg aku dok tgh gusar tunggu result keluar..ntah berapa pointer aku kali nih...mintak-mintak CGPA aku atas 3.00..niat nak sambung belajar tuh mmg takda..nak kerja jer skarang nih..tapi apakan daya...belum ada rezeki nak kerja...ronda-ronda internet cari kerja pun susah...kelayakan macam2...almaklomlah, awak nih diploma..kerja yang best2 suma paras degree...lagi lah terasa susahnya dengan kursus IT...fuhh..buleh dikatakan banyak gaklah jawatan berkaitan IT tapi lebih kepada programming plak..eh...susahnya..even major course aku programming, tapi aku bukan fasih bahasa-bahasa pengaturcaraan nih...apa yang aku belajar pun aku dah lupa...buku-buku suma dah bungkus simpan dalam rumah sebelah...
so, kiranya aku nih memilih gak dalam mencari kerja...nak kerja yang best jer..huh..memang tak reti bersyukur betol (NAUZUBILLAH)...tapi, masa tgh dok pusing-pusing atas katil tadi, terpikir gak, ahh...apa kerja pun aku nak sapu je la...dah tak buleh tahan...takkan nak suruh mak bapak jadi banker plak kan..? sekrang nih tgh larap duit aku...dgn rokok, dgn kredit handphone (bukan satu, dua skali plak tuh)...kalao dulu memang kedekut nak top-up, kadang-kadang dua bulan skali baru top-up, tuh pun RM10 jer...skarng rajin sket..maklomlah, tgh gatal sms...ada plak yang melayan...huh..
cerita balek pasal kerja..kelayakan biasanya buleh la kalo nak diikut pada iklan jawatan...
yang biasa aku tgk iklan yang buat aku menyampah, keperluan dia ialah: BOLEH BERBAHASA INGGERIS, CHINESE lepas tuh plak BERPENGALAMAN paling minima 1 tahun...
kepala o&^k diorang! kalao diorang tak bagi aku kerja, mana nak dapat pengalaman? pelik lah tengok majikan sekarang...memang la pengalaman tuh penting, tapi mana aku nk timba pengalaman kalao diorang tak bagi kerja...betol tak?
sekarang apa yang aku buleh buat, tunggu je la jawapan SPA..tuh pon kalao dapat..rasa-rasanya memang tak dapat...permohonan SPA aku cuma dua jawatan jer: PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT dengan JURUTEKNIK KOMPUTER...kengkawan aku kebanyakannya penuh 10 jawatan..aku jer letak dua jawatan...tak mampu kalao tengok pada kelayakan yang diminta.. kebanyakan jawatan memerlukan kelulusan paling koman DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM...apadaa...
satu jer aku nak capai dalam hidup sekarang nih selepas tamat pengajian..buat masa nih, satu benda tuh ialah aku nak apply PEGAWAI PDRM, kalao tak dapat pegawai, KONSTABLE PDRM pun jadilah...cita-cita aku dari kecik tuh...kemaruk dan gian giler aku nak jadi POLIS...
adik dengan BOSS (ayah) aku adalah anggota polis, so, aku tak buleh kalah dengan adik aku even dia konstable sekali pun..aku tetap nak jadi polis...tapi buleh ke dengan fizikal aku???
eemmm...berpikir gak..tapi aku nak cuba gak...aku dah teliti apa keperluan nak join polis..yang penting sekali: TINGGI minima 163cm, BERAT minima 50kg, BMI 18-26.9, PENGLIHATAN vision 6/9..
aku rasa aku buleh suma tuh cuma dua tiga perkara jer..: TINGGI aku 170cm, BERAT (buat masa nih) 86kg, BMI aku lebih 26.9, PENGLIHATAN aku memang rabun! tapi rasa-rasanya vision 6/9 tuh aku buleh handle lagi...
untuk masa skarang nih aku kena turunkan berat badan aku sehingga paling minima 10kg untuk dapatkan BODY MASS INDEX yang ideal...aku kena ada berat sehingga 77kg sahaja dengan ketinggian 170cm...so, rasa-rasa boleh tak??mmm...boleh! kalao mak aku tak masak yang sedap-sedap...
mata aku masih tak mengantuk lagi nih..tapi jari jemari aku nih dah lenguh dok menaip...
so, kepada sesapa yang dok membaca entry aku kali nih, kalao ada kerja kosong yang memerlukan kelayakan seperti aku or lower than that..PLEASE, inform la kat aku...biar aku details qualification/skills aku:
1. Mahir menggunakan ADOBE PHOTOSHOP 7.0 dan ADOBE IMAGE READY
2. Cekap mengaplikasi MICROSOFT OFFICE: Word, Power Point, Access dan Excel (kureng sket)
3. Berkebolehan membina dan merekabentuk laman web berpangkalan data: MICROSOFT FRONTPAGE dan DREAMWEAVER
4. Kemahiran menaip yang tinggi: laju dan cekap (tanpa melihat pada keyboard)
5. Mempunyai lesen memandu: B2 dan D
6. Berkemahiran dalam servis komputer: formatting, networking (siket2 jer)
7. Berdisiplin tinggi dan menepati masa (INSYAALLAH - Surah Al-Asr:1-3)
kelayakan:
1. Sijil Tinggi Agama (darjah khas) Majlis Agama Islam Johor: Pangkat 1 Aggt 18
2. SPM (Sains Tulen: Pengajian Kejuruteraan Awam): 2A 2B 2C 4D
3. Diploma Teknologi Maklumat (major Programming): CGPA - 3.04
apa lagi eik?aku rasa tuh je kot utk masa nih...
so, sesapa yang tahu pasal jawatan-jawatan kosong, bulehlah hubungi aku di talian...eh, tak bulehlah nk letak nombor telepon sini...takpa-takpa...boleh inform aku via email:
1. brobear_dit@yahoo.com.my
2. leo.crapvirus@gmail.com atau
3. mymisteri@gmail.com
ok la..takat nih dulu...
terima kasih kerana sudi membaca...aku nak berpantun sket..(ada sorang kawan suka benor berpantun)..
tapi masih belum cukup sakti,
terima kasih sudi singgah,
ada masa singgah lagi...
ah..bantai jer la pantun aku tuh...choww..
assalamualaikum wbt..

theMysterious©2008
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
2:22:00 PG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Sabtu, Disember 29, 2007
erm..erm..2007
erm..erm..as salam...dalam beberapa hari je lagi tahun 2007 dah nak berlalu dah kan...timbul plak tahun 2008..huh..macam2 kenangan tercoret sepanjang tahun 2007 nih..
tapi setiap kali muncul tahun baru, aku tak pernah berazam..tak macam orang lain..sebok berazam itu ini tapi apa pun tak ada..erm..erm..tapi aku ada sesuatu aku nak buat tahun 2008..hehe..apa dia?? adalah...
apa-apa pun, aku akan cuba mencuri sedikit masa untuk terus berkongsi sedikit sebanyak bukan sahaja pengalaman aku tapi pengetahuan aku untuk kita sama-sama mengharungi kehidupan yang fana ini...dalam mencari keberkatan dan keredhaan-Nya..
ok la...kalo aku membebel panjang pun tak guna..bukannya korang suma baca pon..
...kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (dialog MELODI plak)...
see ya..till next articles...
daa...
assalamualaikum wbt...
Hafiznor
theAdmin
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
1:14:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Jumaat, Disember 14, 2007
Kenangan Mengusik Jiwa
akhirnya, tamat sudah pengajian aku dalam kursus Teknologi Maklumat untuk mendapatkan segulung diploma. dengan berakhirnya pengajian ini, maka berpisah sudah aku dengan kawan-kawan yang lain yang pastinya meninggalkan seribu kemanisan kenangan yang takkan aku lupakan (insyaallah). dengan berat hati aku melepaskan semua kawan-kawan yang aku kenal tiga tahun lalu. namun begitu, kenangan bersama tetap aku pahatkan dan dapat dirakamkan dalam majlis akhir dan perpisahan kursus Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Johor Bahru di Hotel Selesa Pasir Gudang pada 12 Disember 2007 yang lalu.
kegembiraan nyata terpancar di setiap wajah pelajar-pelajar DIT dan pastinya pada akhir jamuan menitislah air mata perpisahan yang berpanjangan. bermulalah detik baru dalam hidup setiap orang yang akan meneruskan kehidupan yang seterusnya samada meneruskan pengajian atau bekerja.
dan pada malam akhir itu jugalah, identiti sebenar aku yang ditakuti oleh kebanyakan pelajar perempuan kelas aku terbongkar. ternyata sangkaan mereka tersasar dan benar-benar dapat mengenali identiti aku sebenar yang sering disalah ertikan.
begitu terasa kehilangan seorang demi seorang yang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan mungkin takkan dapat bertemu kembali. hanya ALLAH jua yang mengetahui segalanya.
aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung nyawa aku kepada semua kawan-kawan. halalkan apa jua yang pernah aku termakan, minum dan ilmu yang disampaikan. moga persahabatan dan perkenalan kita akan kekal walau kita jauh di mata, namun tetap terpahat dalam hati aku. hanya foto-foto kalian penawar kerinduan aku.
semoga kalian berjaya dalam apa jua yang dicitakan dan berbahagialah kalian dalam hidup di dunia wal akhirat.
majlis jamuan akhir dan perpisahan
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sesi 2005-2007
Politeknik Johor Bahru
berikut adalah kenangan yang sempat dirakam dan aku suakan untuk tatapan bersama...
VENUE and WARDROBE
inilah wardrobe untuk jamuan akhir yang direka, disedia dan bermacam 'di' lagi oleh Nik Zizie Azuin and the gang yang comel. warddrobe last minute disediakan dalam kesibukan menelaah untuk menduduki paper akhir Sistem Maklumat. terima kasih atas usaha murni ini, Nik and the gang.
set desert yang disediakan oleh pihak pengurusan katering hotel Selesa untuk jamuan akhir dan perpisahan ini. semuanya enak-enak belaka. terima kasih jua kepada semua krew yang terlibat. sanggup berusaha demi kami. terima kasih sekali lagi.
usaha demi semua. inilah sikap mereka. sanggup datang ke venue untuk mempersiapkan ruang jamuan selepas tamat paper Sistem Maklumat. kami amat menghargai jasa dan usaha kalian.
meja makan yang disediakan untuk 30 orang pelajar DIT yang menghadiri jamuan akhir dan perpisahan ini. sungguh selesa sekali. ternyata begitu bermakna jamuan ini sebagai mengenang persahabatan dan perkenalan selama tiga tahun lalu.
berusaha Nik, Ana dan Ayu meniup belon untuk memastikan wardrobe sempat siap sebelum majlis bermula pada malam hari. mereka memang sempoi dan best.!WAJAH-WAJAH
gandingan mantap pengacara majlis selaku orang penting yang menguruskan perjalanan majlis. ternyata gandingan ini menjadi walau tidak pernah berbincang tugas masing-masing untuk mengacarakan majlis. gaya spontan yang menjadi. persediaan dan keyakinan yang amat nyata.
wajah-wajah para pelajar lelaki Diploma Teknologi Maklumat sesi 2005-2007 yang sungguh mantap, macho, bergaya dan sungguh sakti. harapan generasi kini untuk memimpin generasi hadapan menuju kejayaan di dunia wal akhirat.
aksi ngeri para pelagak ngeri..


AKTIVITI
aktiviti yang diatur sepanjang majlis. aktiviti yang disediakan adalah 'Kotak Beracun', 'Rebut Kerusi' dan pertandingan karaoke duet.
mangsa keadaan. saudara Herdi membaca 'denda' dalam permainan 'Kotak Beracun' yang memerlukan beliau meluahkan kata-kata paling romantis untuk si gadis pujaan. dan ternyata respons yang baik daripada si dara untuk si teruna. kalian memang pasangan yang sempoi dan sporting. miss yaa all dude.!
penyampaian anugerah "Pelajar Paling Berani" atau sebenarnya adalah anugerah "Pelajar Paling Membosankan". terima kasih kepada yang mengundi dan tahniah kepada yang merangkul anugerah-anugerah yang lain:1. Pelajar paling pendiam: - Hidayah Kaliwon
2. Pelajar paling huru-hara: - Hairi Bujang
3. Pelajar paling kelakar: - Maisarah
4. Pelajar paling ceria: - Norerniyanti Baharom
5. Pelajar paling skema: - Noridayu Mohd Shah
6. Pelajar paling berani @ membosankan: - Hafiz Nor
7. Pelajar paling sempoi @ poyo: - Fazli Salleh
8. Pelajar paling bergaya: - Afiq Aziz
gandingan duet yang spontan. petikan gitar daripada saudari Rinee yang enak dan mantap. lagu yang dipersembahkan daripada nyanyian Ella ft Korie - Pergilah Sayang. ternyata enak lagunya tapi hancur kerana mereka...hikhikhik.
penyampaian cenderamata DIT oleh saudara Afiq selaku wakil kelas untuk semester 6. terima kasih kepada yang memilih hadiah cenderamat. cantik dan sungguh padan dengan kita semua dan pastinya akan aku kenang kalian semua setiap kali aku memandangnya.KENANGAN MENGUSIK JIWA



panca sitara versi DIT.KENANGAN SELAMANYA DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 (terakhir) POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Pelajar-pelajar DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 Politeknik Johor Bahru.
kalian sentiasa di hatiku.!

semoga kita bertemu lagi...
Andai ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Pasti kita bertemu lagi...
JUMPA KALIAN SEMUA DI MAJLIS KONVOKESYEN KELAK!
best regards;
theMysterious
(HAFIZNOR)
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
11:22:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Jumaat, November 30, 2007
heheeh...animasi oh animasi...
as salam...akhirnya, pada 28 November 2007 (Rabu) bertempat di BK EPC Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pameran dan pertandingan projek akhir telah dilangsungkan dengan jayanya....
tahniah buat yang telah merangkul gelaran projek akhir terbaik dan dinobatkan selaku Johan pertandingan...tidak diragukan lagi penilaian daripada para panel...tahniah sekali lagi...
dan di alam pameran itulah, identiti aku selaku encik yang MiSTERi sudah terbongkar....heheheh...
secara tidak sengaja mereka-mereka yang hanya mengenali nama aku telah berjaya menatap wajah aku yang tak hensem nih...hikhikhik...kantoi daa...susah lah mcam nih...
tapi tak kesah laa...lagipon aku akan tetap menjadi MiSTERi walau apa pon yang berlaku...hahahahaha....
agak ramai pengunjung yang berkunjung ke Laptop aku untuk melihat animasi yang aku hasilkan dan memang diluar jangkaan aku...mereka-mereka semua inginkan animasi aku tak taulah untuk apa, mungkin untuk koleksi atau mungkin sebagai bahan untuk ketawa..hehehe..
dan dengan itu, aku dengan bangganya mempersembahkan animasi aku untuk dimuatturun...tak payah susah-susah nak merayu pada aku...korang suma buleh muatturun dan gelakkan animasi aku...hehehehe....
carilah sendiri kat mana link animasi aku tuh...pandai-pandai koranglah....
setakat tuh je laa aku mampu buat untuk korang...takkan aku nak burn masuk CD untuk korang...banyak nya duit aku kan...?hahahaha...
ok, takat nih dulo....selamat memuat turun dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blogs rasmi aku nih dan sudi berkunjung ke meja aku semasa pameran projek akhir....
see yaa....
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Johor Bahru
habuan ke humban?

aksi melampau...
inilah wajah-wajah finalis pameran dan pertandingan projek akhir...huh...macam biasa laa...pompuan lebih ramai daripada lelaki...apa-apa pon tahniah untuk semua...terutama kepada:1. Ayu (Johan - Sistem Perpustakaan) 2. Lan (Naib Johan - CD Interaktif: Bahasa Isyarat) 3. Mekda (Dokumentari: Putrajaya) 4. Croco (CD Interaktif: Panduan Solat) korang memang sempoi!!
bilik pameran dan pertandingan projek akhir
Diploma Teknologi Maklumat
yaa...di sinilah semua 13 projek akhir Diploma Teknologi Maklumat JKE/PJB dipamerkan...macam-macam ada dalam pameran nih; CD Interaktif, Laman Web berasaskan E-Dagang, Dokumentari dan pastinya animasi...hehehehe...best gak bilik pameran nih...sejok..air-cond laa katakan...hikhik..sejok-sejok pon, baju aku abes basah berpeloh...apsal ntah...metabolisme aku nih tinggi kot...
apa tuh metabolisme...????
nampaknya suma sedang bertungkus lumus mempersiapkan persembahan projek akhir memasing...sebab dalam pukul 10, penilai akan meronda dan menilai projek akhir...huh...cuak giler...tuh tengah siap ler tuh...macam-macam diorang hias..almaklumlah, perempuan...siap bawak alas meja lagi...dasat giler...WOW...ada plak siap tampal 'LOVE' kt notebook...tapi macam tak berhasil nk memikat penilai...
hehehe..sori laa IS yer...huhuh...mungkin rezeki bukan kt sini....
happybutMiSTERi
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
4:45:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, muaturun, Pengalaman
Khamis, November 22, 2007
Alhamdulillah...
alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ya Rabbi, ALLAH SWT...ALLAH Maha Besar..
berkat doa mak aku...kawan-kawan dan aku sendiri, akhirnya projek akhir aku terpilih untuk menyertai pameran projek akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Johor Bahru pada 28 November 2007 kelak...
terima kasih aku ucapkan kepada semua, mak, ayah, kengkawan, para panel juri dan juga penyelaras projek yang sudi memilih projek akhir aku ini bersama 11 orang lain daripada kelas aku sendiri (3 orang termasuk aku) dan selebihnya daripada kelas Integrasi untuk dipamerkan pada pameran kelak..
syukur alhamdulillah, kesungguhan dan penat lelah aku terbalas jua...
betapa semakin aku yakin dengan kebesaran Allah SWT yang mengurniakan ilham kepada aku dalam menghasilkan projek akhir aku ini...
ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar...Segala puji bagi ALLAH SWT...
akhir kata, terima kasih semua...
teruskan mengunjungi blog aku ini...
assalam alaikum....
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
12:46:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Sabtu, November 17, 2007
Selesai sudah..
alhamdulillah, segala kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Esa...kerana atas limpah kurnia-Nya, aku berjaya membentangkan projek akhir aku dengan jayanya...
huh...setelah hampir 5 bulan aku dan kengkawan yang lain bergelumang dengan projek akhir ini...dan alhamdulillah, segalanya telah tamat...
pada Isnin lalu, (12 November 2007) jam 1010 pagi, aku telah memulakan pembentangan projek akhir aku iaitu Animasi Tauladan: Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama (buleh muatturun) dihadapan lebih 10 orang termasuk dua orang juri: Encik Mohd Faris dan Encik Mahezan serta seorang penyelaras projek: Pn Noor Afzan dan kengkawan yang lain dari kelas aku mahupun dari kelas Integrasi yang sudi hadir memberikan sokongan moral kepada aku...
hehe...
walaopon aku rasa amat gementar, tapi dengan berkat doa daripada IbuBapa aku serta kengkwan yang lain, aku berjaya membentangkannya dengan lancar sekali...Alhamdulillah...
aku agak berbangga dengan pembentangan projek serta demonstrasi projek yang aku tunjukkan kepada juri dan kengkawan yang berada di dalam Lab 8 pada hari tersebut...
selepas tamat sesi demonstrasi, sesi soal jawab dapat aku uruskan dengan baik...Alhamdulillah, semua soalan dapat aku jawabnya...
dan satu perkara lagi yang agak membanggakan aku ialah, salah seorang daripada juri (En Mahezan) ingin propose projek aku untuk bertanding di dalam pameran...tapi, itu hanyalah perancangan...
hanya Allah mampu mengatur segalanya...aku hanya berserah...kalao ada rezeki, dapatlah aku mempertandingkan projek akhir aku ini dalam pameran yang akan berlangsung pada hujung bulan ini...kalao tak silap aku laa..
dan oleh kerana pembentangan projek telah selesai, alhamdulillah...lapang semula kepala aku...kini aku hanya menumpukan kepada projek-projek modul yang lain serta musim peperiksaan yang akan menjelang awal Disember kelak...
huh...memang lapang...dan bukan aku sahaja yang gembira, malahan semua kengkawan yang sama-sama membentangkan projek sepanjang tiga hari (12,13 dan 14 November) lega kerana masa kritikal kami telah habis...
terima kasih kepada pengunjung blog ini yang telah membaca blog aku pada keluaran yang lalu dan telah sama-sama mendoakan aku...
aku amat menghargainya dan hanya Allah Taala jua yang dapat membalas jasa baik kalian...
theMysterious animation proudly present:
Animasi Tauladan: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
12:54:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Sabtu, November 10, 2007
aku balek...yeh..yeh..
arrrggghhhhh...akhirnya aku kembali ke rumah...dan sekembalinya aku, kembali jua aku ke pangkuan internet aku!..best..best...dah lama tak mengorak langkah ke dalam dunia ni dengan lebih lama...biasanya just 5-10 minits only....hahha...
kenapa aku balek rumah???kenapa??kenapa???arrgggghhhh.....
sebabnya..senin nih aku ada presentation final project aku...iaitu animasi...hah????aku buat kartun????betol ker???
entahlah...tak rupa kartun pon aku nengok...bengong jer...sesapa nak tgk kartun tuh, nnt aku upload...(kalu buleh laa)...
apa nk citer lagi??oh yer...punca kepulangan aku ke rumah kan....?yaa, aku pulang kerana presentation....kerana apa? kerana presentation..! kerana apa? kerana Karina...! kerana apa...? kerana korang kena penampor TULI aku kalao korang tanya lagi!!!! jgn ditanya kenapa...hahahaha...
yaa, aku kena build-up balek PC aku...almaklumlah, nk present nih kena bawak sdri...takot ada problem masa hardwarepresent/demo final project...so, aku balek sbb nk build-up blek PC aku...kenapa nk build-up balek? sbb PC sedia ada menumpang pada casing CPU yang disedekahkan oleh Cawangan Khas JBS...casing tuh dah tak rupa casing CPU dah rupanya...dah macam jamban yang penyamun-penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok pecahkan tuh hah....so, aku kena build-up balek...memerlukan kesempurnaan sket..
nih pon tak sempat lg nk pi beli...sbb malam td, on the way balek Tampoi, tayar motor aku pancit plak kt highway PG....aduhhh...dah laa malam...nasib baik kedit ada....tp bateri plak low....tekanan...tekanan....so, solution dia terpaksa call housemate aku datang bawak tiub dgn pam...termunggeh aku, bukak tayar motor memalam...
berjaya tak????
memang berjaya...aku berjaya membuka dan memasang kembali tayar moto aku...tp....hah..ada tapi dia...tapi tiub tuh pon bocor gaks....aduh....nasib baik masa aku tgh nak pasang balek tayar moto tuh, Big BOSS aku sampai dgn Mem Besar....(parents)...sampai...
so, penyelesaiannya, aku kena tinggalkan bELaLaNG^tEmpUr aku kt Petronas Pasir Gudang...baru lah td pi repair balek semula....huhu...
moral kt sini, sesapa yang menunggang motor tuh, standby lah kedit phone, bateri phone, duit sket, tiub tayar, pam dan peralatan yang perlu untuk bukak tayar...dan tidak dilupa kemahiran untuk membuka tayar...hampeh jer nanti kalo tak tao buat....
ok...aku dah letih...nk rest kejap...doakan kejayaan aku senin nih....
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
2:20:00 PTG
0
ulasan
Label: arts, Life, liku hidop, Pengalaman
Selasa, November 06, 2007
aku yang tensen!
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
8:12:00 PTG
0
ulasan
Label: arts, Life, liku hidop, Pengalaman
Rabu, Oktober 17, 2007
Raya...Raya...Ghayour...
so, sempena pelancongan ako ke kolumpor, aku telah berjaya merakam beberapa tempat yang aku ziarah...di sini, aku selitkanlah sedikit gambaran tempat yang aku ziarah tuh...korang pon mesti dah tao dah...mesti gak korang dah pergi semua tempat nih...
almaklomlah, aku dok Johor, nk naik kolumpor selalu tuh kena bercinta jap...pikir minyak dgn tol...huhuhuh...tak larat aku...
lagipon, time nih kolumpor memang lengang..tak banyak kenderaan...jalan pon smooth jer...hihihh
nih apa ntah...aku pon tak tao...kalao masuk jer kt pintu masuk tuh, mesti nampak benda nih..sesapa yang tao nama benda nih, bulehlah bagitao aku dan rakan-rakan lain yang blom pernah sampai...:DEYE ON MALAYSIA
hah...nihlah dia hotel penginapan ako...tinggal semalam jer...buleh laa...tp breakfast dia tak besh langsung...huh...ako menginap kt tingkat 14 no bilek 1408 kalao tak silap ako laa...dah lupa...huhuhuh...
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
8:54:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, Pengalaman
Rabu, Oktober 10, 2007
Tahniah Angkasawan Negara Pertama
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama dua orang lagi kru angkasawan dari Rusia dan Amerika Syarikat telah berlepas dengan roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Tahniah buat angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha juga buat calon angkasawan negara kedua, Dr. Faiz Khaleed.
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
9:36:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, Pengalaman
Jumaat, Oktober 05, 2007
aku GEMBIRA
salam..salam...di kala aku sedang menaip warkah ini, ramadhan kini menjelang ke hari yang ke-23...so, that means we've got a week before the Eid Fajr rised up...apa ako merepek nih...apo-apo lah...
hahahah...
rasa hilang segala duka..
setelah berminggu menanggungnya...
kini tiba aku gembira...!
wow...best gak aku karang pantun...hehehe...hari ini bermulalah kisah cuti Hari Raya aku selama dua minggu akan datang...so, inilah masanya aku nak membalas segala perbuatan hari-hari sebelum ini berikutan tidow aku yang tak cukup, masa aku yang tak mengizinkan dan pelbagai lagi deraan psikologi yang aku terima oleh hari-hari dan minggu-minggu sebelum ini....
wahhahahaha....best sungguh...tetiba jer aku rasa ringan sangat kepala HANGGUK aku nih...sebab suma kes aku dah selesaikan...tiada lagi seksaan...namun, ini hanyalah sementara...dalam cecuti nih pon aku kena bekerja gak...sadis sungguh raya aku kali nih....SADIS!!!!
macam2 nak kena buat..dahlah data projek akhir aku hilang...FOUL sungguh...kena plak buat balek...sedih aku...lepas tuh nak setelkan lab report...memacam plak report....aiseh...takpa2...ada dua minggu...pelan2 kayuh maa....
aku nak citerlah tentang kepahitan aku minggu nih...bukan banyak pon...satu jer...harharhar...
korang nak tao...dua tiga malam lepas, lebih kurang pukul 03:05 a.m, aku telah mengalami satu kepahitan dan kebencian beserta dengan kebengangan yang dilakukan oleh somebody...
nak tao apa dia..check this story up:
lebih kurang pukul 2 lebih (pepagi laa), aku dan seorang rakan (encik Zaidi) telah melepakkan diri di atas motor sambil motor tersebut memikul kami ke kedai mamak untuk menaPOW sebungkus nasi lemak (campur dia punya satu, that means ada dua bungkus daaaa)...
dalam perjalanan ke kedai encik mamak, kami telah melalui satu sekatan jalan raya oleh encik/bapak Polisi DiRaja Malaysia..eleh, apa nak takot..."Helmet? check! IC? check! License? check" everything under control...takda hal... so, kami melalui sekatan jalan raya tersebut tanpa rasa gentar mahupun gementar...dan kami berjaya melepasinya tanpa tahanan atau sekatan daripada sesapa pong...so, tibalah kami di kedai encik mamak...apa yang berlaku? ya...kami telah menaPOW dua bungkus nasi lemak ayam sebagai santapan Sahur kami...dan sambil menunggu nasi lemak kami siap, kami telah dengan sengajanya menontonkan diri kami akan perlawanan antara Man Utd vs Roma....then bila nasi lemak kami dah siap, apa lagi chow laa...nk balek...
dalam perjalanan balek, once again kami bertemu dengan encik penyekat jalan raya...aku dengan yakin telah menunggangkan motor aku sehemah mungkin sehinggalah tiba di satu point yang dihadiri oleh dua orang encik polis yang menghalakan lampu suluh beliau seakan-akan menyuruh aku meneruskan perjalanan...aku pun jalan laa mcam biasa sampai hujung sekatan tetiba aku dengar WISEL berbunyi...ntah melodi apa ntah...apa lagi...aku berhentilah...ingatkan apahal...datang lah seekor Polis berpangkat Lans/Korp datang membawa lampu merah dan meminta IC dan lesen aku...
membebellah beliau kepada aku dan rakan aku...katanya, aku telah melanggar sekatan jalan raya....KEPALA HANGGOK dia...mana ako tao...td dua orang polis sengal tuh bg signal mcam suh jalan...aku pon buat derk laaa...lagipon takkan lah tak cam aku masa aku lalu td...kepala HANGGAK dia...bengang sungguh aku di ketika itu (takot pon ada gak sbb dia ugut nak tembak!)....
apa lagi...terpaksalah aku dengar ceramah FREE daripada beliau dan tanpa segan silu, beberapa minit kemudian aku dilepaskan...dan setibanya di rumah...berbakul-bakul aku dan encik Zaidi memaki hamun beliau...sungguh kurang pahala puasa aku di ketika itu....huh...bengang sungguh...tapi takpa...nih lah pengalaman....takpa laa...
laa nih aku dah riang sebab dah cuti...so, masa tidow aku akan makin bertambah...begitu juga waktu beribadah aku akan tiada had masanya....kalao masa stay umah sewa tuari, amal ibadah aku terhad disebabkan assignment yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada aku...
so, aku sangat gembira...hope korang pon sama gak...!
ok..aku nk menidowkan diri kejap...maklumlah, malam tadi tidow lewat...pastuh tadi abes kelas, dalam pukul 10 lebeh aku dah cabut balek tampoi...hahahaha....malas nak layan anasir-anasir JAHAT kt umah sewa aku tuh....
ok...selamat semua...PEACE!
hidupakuterus
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
2:27:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman
Jumaat, September 21, 2007
KEMBALI...dengan karya yang SEGAR...
ini lah hasil ilham aku pada malam 09 Ramadhan lalu...atas permintaan seorang sahabat, terhasillah karya aku ini yang tidak seberapa...ilustrasi asli dari aku dengan nukilan daripada brother Aie (kartunis) yang aku gunakan untuk menghasilkan satu seni khas untuk si 'dia'...
juga karya aku untuk seorang sahabat...atas permintaannya, maka terbitlah karya ini...dengan ilustrasi asli daripada aku yang tak seindah mana, dan dengan nukilannya yang aku gunakan untuk memperindahkan lagi lakaran karya aku ini..
ini adalah karya asli aku...ku cuba melakar wajah sendiri namun tak menjadi...tapi inilah ilustrasi aku yang asli bertemankan nukilan brother Aie lagi...nukilan brother Aie ini sungguh puitis sehingga aku amat tertarik dengan setiap lenggok bahasanya...indah sungguh..
lakaran ini adalah sebagai cover file case aku...inilah inspirasi pertama aku dalam bersungguh-sungguh menghasilkan lakaran yang penuh bermakna buat diri aku...setiap nukilan yang aku catatkan memberi sedikit sebanyak semangat pencetus ilham...tahniah buat brother Aie...
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
9:24:00 PTG
0
ulasan
Label: arts, Life, liku hidop, Pengalaman
Khamis, September 13, 2007
Kisah Satu Ramadhan
terbitan
penulis.tidak.bernama
pada
4:10:00 PTG
0
ulasan
Label: Life, liku hidop, Pengalaman







