Isnin, Ogos 27, 2007

Karya aku ketika BuuRRRiiiiNG!!!!!

ketika kehidupan seharian aku mula buhsan dengan apa yang biasa aku buat, inilah kerja aku..aku suka melakar kartun...HAHAHAHA...sama-sama nikmati karya aku....!!!


ini adalah HERO Malaya imaginasi rekaan aku...aku suka SUPERHERO....!!!PEACE....!!


entah apa aku pikir masa aku melakar kartun ini...asal buleh jer...mula-mula nak buat orang berlari..tetiba jer terlukis mesin rumpot yang tak macam mesin rumpot pon...pastuh terpikir plak...apsal dia lari bawak mesin rumpot...?pasai apa?so, aku pon terpikir plak nk lukis pak belang..hehe..tak pandailah nk lukis menatang...asal buleh...pastu tambah sket dengan kehadiran encik tupai beserta encik arnab...background plak tetiba je keluar pokok getah...ntah apa-apa ntah....




nih memula nk lukis muka sendiri...tapi mcam tak jadik pon...pastuh tambah laa gaya kartun sket...lari-lari anak...




nih pun sama gak...tetiba jer melakar..mula-mula saja jer nk lukis lukis orang main lari-lari...pastuh tetiba idea datang nk tambah bas plak...kengkonon tertinggal bas laa...then tambah sket orang lari sesama nk kejar bas...secara tak langsung aku nak sampaikan bahawasanya Masa itu EMAS....dalam Quran pun dah ada surah pasal Masa (Al-Asr : 1-3)...sama sama kita renungkan...



nih plak kengkonon aku ler nih...tengah melukis...environment aku senang jer masa melukis, dok kt ruang tamu...sambil tengok TV, dok atas single sofa beralaskan bangku bulat untuk aku melukis...alata lukis aku pon jenis yang murah jer...beli kt kedai RM2...hehehe...takda bajet...aku suka melukis guna pen berdakwat basah berwarna HITAM....



::mysterious::
27 Ogos 2007
14:57 pm

Isnin, Ogos 20, 2007

Storyboard

1 2


3 4


5 6


berikut di atas adalah storyboard aku untuk final project untuk kursus Teknologi Maklumat...
final project pilihan aku adalah Animasi, so cuba korang tenung bebetol storyboard di atas...agak-agak korang buleh tak reka jalan cerita serta dialog...
faham-faham kan lah...kalo dah tak buleh nk faham, click link berikut: Storyboard
pautan tersebut akan menghubungkan kalian dengan blogs aku yang menyelitkan sedikit jalan cerita serta dialog untuk storyboard di atas...


::mysterious::
20 Ogos 2007
06 Syaaban 1428
16:14 pm

Khamis, Ogos 16, 2007

Disebalik MERDEKA...

ilustrasi: Hafiz-is-Me leo.crapvirus@gmail.com
theMysterious


yosh...salam semua..
seperti yang semua sedia maklum, bulan ini (Ogos) adalah bulan kemerdekaan Malaysia...
pada tahun ini, Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 tahun...
pejam celik, pejam celik...sekejap jer dah 50 tahun kita merdeka...
apa erti MERDEKA...
DBP:
MERDEKA adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, lepas daripada tebusan atau tuntutan; berdiri sendiri; tidak bergantung kepada orang lain...

so, itu lah yang didefinisikan oleh DBP...apa pulak versi korang?
pada aku, MERDEKA adalah kebebasan yang kita nikmati setelah bertungkus lumus memperjuangkan hak sendiri...
MERDEKA ni bukan saja skop pada kebebasan negara, namun pada diri kita, bangsa, agama dan hak kita...
MERDEKAkah kita? tepuk dada tanya selera...

sempena bulan kemerdekaan ini, aku nk ucap..
"Selamat menyambut hari keMERDEKAan negara Malaysia yang ke-50..."
semoga kemerdekaan ini akan terus kekal dengan kehidupan dan pembangunan rakyat serta negara dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera...
PEACE...!


::mysterious::

Sabtu, Ogos 11, 2007

Dugaan demi ujian...

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
daku mulakan segalanya atas nama-Mu ya ALLAH...

arakian hendak aku bercerita tentang betapa perit dugaan yang ALLAH timpakan padaku...namun ku terima dengan redha...Maha Suci ALLAH, tuhan pentadbir sekalian alam...

maka tersebutlah kisah ujian yang aku lalui seminggu lalu...satu demi satu yang ALLAH berikan supaya aku bertambah beriman kepada-Nya...
pada Jumaat lalu (03 Ogos) aku diuji dengan satu ujian yang tak pernah aku terima...nk dijadikan cerita, pada hari tersebut aku dan seorang sahabat merancang untuk ke Landmark Mall untuk membeli computer hardware yang sememangnya dah lama aku idamkan.
aku dan sahabat menaiki kereta milik ayah ke sana. maka berlakulah satu peristiwa yang membuatkan aku gugup sehingga hari aku menulis blog ini...aku telah mencalarkan kereta milik ayah....arghhhh...ujian...mengapa aku boleh mencalarkan kereta tersebut? ya, pada hari berkenaan terdapat sebuah jentera pembersihan pembetung yang di'park' betul2 dibelakang garaj kereta ayah...maka, kalau nk diikutkan memang kereta tersebut tidak boleh keluar kerana terhalang..tetapi, aku mendapat akal dengan ingin mencilok ke sebelah kiri garaj berikutan tiada kenderaan yang di'park' disebelah...masalah yang aku hadapi adalah...aku tidak dapat mengeluarkan kereta dengan baik kerana ruang yang agak terhad bagi sebuah kereta proton wira...maka telah ditakdirkan aku menggesel pintu belakang sebelah kiri dengan tiang garaj...pada mulanya aku berkeyakinan tidak calar pintu tersebut...sehinggalah tiba di sekolah agama taman dahlia tempat aku menurunkan adikku yang bersekolah..aku turun dari kereta da memeriksa keadaan pintu tersebut...arghhhh...jantungku berdegup kencang...!sah calar...!masak aku...sepanjang perjalanan ke sana aku berada dalam keadaan yang tidak tenteram...sampai tiga batang 'Sampoerna' aku sebat sekali jalan...tension...tiba2 aku mendapat idea untuk membaiki kecalaran tersebut dengan men'touch-up' pintu tersebut...namun, kedai yang ingin men'touch-up' inginkan RM150 tunai...mana aku mampu...kalau setakat RM100 tuh boleh lagi..maka aku ambil keputusan untuk membiarkan saja sehingga ayah pulang dari Langkawi (out-station)..sehingga lah hari ini, agaknya ayah masih tak perasan kecalaran tersebut...ya ALLAH ampunkan aku...ujian-Mu ini begitu besar bagi diriku walaupun pada orang lain hanya lah sebesar kuman...aku tak berkuasa untuk mengaku kesilapan daku...ampunkanlah daku....

3 kecalaran pada pintu....argh..

arakian, ujian kedua begitu menusuk kalbu aku...kali ini melibatkan kos hampir RM500...habes 'loan' aku kerjakan untuk mendapatkan benda ini...benda ini adalah set CPU Pentium D 2.8Ghz yang aku beli dari kawan serumah...masalahnya adalah, 'sound device' asik lari jer...maka tidaklah dapat aku mendengar sebarang musik yang dikeluarkan dari 'hard disk'...berikutan hal tersebut, aku telah memformat PC daku sebanyak tiga kali...masalahnya tetap sama...mengapa?aku tak pasti...pada Rabu lepas (08 Ogos) 'hard disk' pula bermasalah...habes kerja-kerja aku tergendala...'hard disk' aku 'corrupt'...arghhh...tension lagi...semua set CPU aku tersebut aku beli atas tangan dengan kawan serumah...apa dah jadi?aku suspek 'hard disk' tersebut 'corrupt' disebabkan oleh sikap kawan aku yang suka sangat memformat PC beliau...baru belajar format lah katakan...apa sudah jadi...?bila aku nyatakan ke'suspek'an aku pada beliau, beliau tidak boleh terima sehingga mengatakan ia adalah silap aku kerana telah memformat pc aku sebanyak tiga kali...memang betul aku telah memformat pc aku sebanyak tiga kali...tapi itu bukan masalahnya...pernah aku katakan pada beliau, 'hard disk' yang beliau jual pada daku berbunyi2 (maknanya something wrong lah)...maka nk dipendekkan kes, aku diam sahajalah (manada diam...aku memberontak dengan fizikal...faham2 lah beliau)...
maka, kejadian di atas aku simpulkan sebagai ujian daripada ALLAH...Maha Suci ALLAH...

sungguh berat ujian yang menimpa aku di ketika ini...walaupun pada zahirnya hanyalah masalah yang sebesar kuman sahaja...baru aku sedar betapa kerdil diri ini...menerima ujian yang tak seberapa sudah mendatangkan kekusutan pada diri...namun aku bersyukur kerana aku masih sedar dan redha akan segala kejadian...ku harap ALLAH membantu aku mengharungi ujian daku...AMINNN....



p/s: sebarang cadangan membantu aku menyelesaikan masalah aku bolehlah menghantar komen di bawah, atau email ke leo.crapvirus@gmail.com...terima kasih kerana sudi membaca...



::mysterious::
11 Ogos 2007
27 Rejab 1428
1055pm..

Isnin, Ogos 06, 2007

Tenangkan diri dengan Nasyid

Yoshh...salam semua pengunjung...
mari kita tenangkan hati dengan nasyid pilihan aku ini....
just click on the link below...:

OAG - Bismillahirrahmanirrahim.mp3**5.56MB
Brothers - Hadhari.mp3******************3.44MB
Hijjaz - Wahai Insan.mp3**************3.35MB
Mawi - Al-Jannah.mp3****************7.35MB
Ust Akhil Hayy - Doaku.mp3*******************4.15MB

terima kasih atas sokongan kalian...
.::enjoy it::.


::mysterious::
6th August 2007
1725