Rabu, Oktober 17, 2007

Raya...Raya...Ghayour...

sempena cuti hari raya Aidilfitri 1428H yang lalu, aku telah dengan semangatnya bercuti ke Kolumpor (Kuala Lumpur)..org lain sebok bercuti balek kampung aku plak jejalan kt kolumpor...hahahaha...pelik...pelik...
so, sempena pelancongan ako ke kolumpor, aku telah berjaya merakam beberapa tempat yang aku ziarah...di sini, aku selitkanlah sedikit gambaran tempat yang aku ziarah tuh...korang pon mesti dah tao dah...mesti gak korang dah pergi semua tempat nih...
almaklomlah, aku dok Johor, nk naik kolumpor selalu tuh kena bercinta jap...pikir minyak dgn tol...huhuhuh...tak larat aku...
lagipon, time nih kolumpor memang lengang..tak banyak kenderaan...jalan pon smooth jer...hihihh


TUGU PERINGATAN NEGARA
gambar nih aku rakam masa dah nk balek dah...kepada yang tak tao, nihlah pintu masuk ke Tugu Peringatan Negara...masyukk... "Adiboss, kau betol-betol jadi Sjn Saunders? Tabik spppprrrriiinnnngggg....." hahahahaa...

hah..nihlah Tugu Peringatan Negara...sampai gak aku akhirnya...hihihih...

nih apa ntah...aku pon tak tao...kalao masuk jer kt pintu masuk tuh, mesti nampak benda nih..sesapa yang tao nama benda nih, bulehlah bagitao aku dan rakan-rakan lain yang blom pernah sampai...:D


EYE ON MALAYSIA
hah...nih suma tao dah nih...popular...publisiti merata kt TV...apa dia?? ya ..inilah Eye on Malaysia...aku ingat nak gak merasa naik benda nih..tp korang peratikanlah bebaik gambao nih...fuhh...reraya pon ramai gak orang...beratur naik naik benda tuh...

CHOW KIT ROAD???
apa jadah ako amik gambao papan tanda jalan nih? bukan per...nk bgtao jer...nihlah jalan terletaknya hotel penginapan ako.. dekat-dekat jer dgn Chow Kit Road...

hah...nihlah dia hotel penginapan ako...tinggal semalam jer...buleh laa...tp breakfast dia tak besh langsung...huh...ako menginap kt tingkat 14 no bilek 1408 kalao tak silap ako laa...dah lupa...huhuhuh...

Rabu, Oktober 10, 2007

Tahniah Angkasawan Negara Pertama

Tepat jam 9.21 malam waktu Malaysia, seorang anak watan Malaysia telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Misi beliau ke ISS adalah untuk menjalankan eksperimen sains selama 10 hari dan memakan masa 3 hari untuk sampai ke ISS.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama dua orang lagi kru angkasawan dari Rusia dan Amerika Syarikat telah berlepas dengan roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Tahniah buat angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha juga buat calon angkasawan negara kedua, Dr. Faiz Khaleed.




::mysterious::

Salam Lebaran daripada theMysterious

tinggal beberapa hari saja lagi untuk semua umat Islam di dunia akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri...
di kesempatan ini, ingin aku mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1428H..
kepada semua pengunjung blog aku ini...
mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
andai sepanjang penerbitan artikel aku dalam blog ini ada menyinggung sesiapa samada secara langsung atau tidak...
diharap silaturrahim akan terus berkekalan sehingga akhir hayat...
salam lebaran daripada aku...!



PEACE!..

::mysterious::
tangandihulurmaafdipinta

Isnin, Oktober 08, 2007

Malam yang Rahmat

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3)

Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.
Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah:185)

Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.
Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?
Jibril tugasnya bukan setakat menyampaikan wahyu, bahkan setahun sekali pada Ramadan turun ke bumi.

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Malam al-Qadar disifatkan sebagai malam yang berkat. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Maksud ad-Dukhan:3)
Disebabkan mulianya malam al-Qadar Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan amal ibadat.
Ini diterangkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw sabdanya (bermaksud): “Sesiapa menghayati malam al-Qadar dengan mengerjakan solat (dan ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih, Riwayat Bukhari).

Ibadat lain yang boleh dilakukan ialah membaca al-Quran, berzikir, beristighfar (memohon ampun), bertaubat dan berdoa.
Rasulullah saw sendiri menghayati 10 malam terakhir Ramadan; mengerjakan ibadat (Qiamullail) dan beriktikaf di masjid, untuk menyambut kedatangan malam yang mulia itu.
“Nabi mengejutkan kaum keluarga untuk beribadat, Nabi fokus berzikir dan beriktikaf di masjid, tetapi malangnya kebanyakan masjid kita dikunci dan yang boleh digunakan untuk beriktikaf di sudut anjung saja,” katanya.
Dari Aisyah r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir (dari bulan Ramadan), berbanding dengan masa lain.” (Hadis sahih, riwayat Muslim).

Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi saw ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis.
Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari).

Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan.
“Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat.
“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.
“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.
“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri.



sumber : harian Metro online



::mysterious::
sincerelyinfaith

Jumaat, Oktober 05, 2007

aku GEMBIRA

salam..salam...di kala aku sedang menaip warkah ini, ramadhan kini menjelang ke hari yang ke-23...so, that means we've got a week before the Eid Fajr rised up...apa ako merepek nih...apo-apo lah...
hahahah...

riang hati aku tidak terkira...
rasa hilang segala duka..
setelah berminggu menanggungnya...
kini tiba aku gembira...!

wow...best gak aku karang pantun...hehehe...hari ini bermulalah kisah cuti Hari Raya aku selama dua minggu akan datang...so, inilah masanya aku nak membalas segala perbuatan hari-hari sebelum ini berikutan tidow aku yang tak cukup, masa aku yang tak mengizinkan dan pelbagai lagi deraan psikologi yang aku terima oleh hari-hari dan minggu-minggu sebelum ini....

wahhahahaha....best sungguh...tetiba jer aku rasa ringan sangat kepala HANGGUK aku nih...sebab suma kes aku dah selesaikan...tiada lagi seksaan...namun, ini hanyalah sementara...dalam cecuti nih pon aku kena bekerja gak...sadis sungguh raya aku kali nih....SADIS!!!!

macam2 nak kena buat..dahlah data projek akhir aku hilang...FOUL sungguh...kena plak buat balek...sedih aku...lepas tuh nak setelkan lab report...memacam plak report....aiseh...takpa2...ada dua minggu...pelan2 kayuh maa....

aku nak citerlah tentang kepahitan aku minggu nih...bukan banyak pon...satu jer...harharhar...
korang nak tao...dua tiga malam lepas, lebih kurang pukul 03:05 a.m, aku telah mengalami satu kepahitan dan kebencian beserta dengan kebengangan yang dilakukan oleh somebody...
nak tao apa dia..check this story up:

lebih kurang pukul 2 lebih (pepagi laa), aku dan seorang rakan (encik Zaidi) telah melepakkan diri di atas motor sambil motor tersebut memikul kami ke kedai mamak untuk menaPOW sebungkus nasi lemak (campur dia punya satu, that means ada dua bungkus daaaa)...
dalam perjalanan ke kedai encik mamak, kami telah melalui satu sekatan jalan raya oleh encik/bapak Polisi DiRaja Malaysia..eleh, apa nak takot..."Helmet? check! IC? check! License? check" everything under control...takda hal... so, kami melalui sekatan jalan raya tersebut tanpa rasa gentar mahupun gementar...dan kami berjaya melepasinya tanpa tahanan atau sekatan daripada sesapa pong...so, tibalah kami di kedai encik mamak...apa yang berlaku? ya...kami telah menaPOW dua bungkus nasi lemak ayam sebagai santapan Sahur kami...dan sambil menunggu nasi lemak kami siap, kami telah dengan sengajanya menontonkan diri kami akan perlawanan antara Man Utd vs Roma....then bila nasi lemak kami dah siap, apa lagi chow laa...nk balek...

dalam perjalanan balek, once again kami bertemu dengan encik penyekat jalan raya...aku dengan yakin telah menunggangkan motor aku sehemah mungkin sehinggalah tiba di satu point yang dihadiri oleh dua orang encik polis yang menghalakan lampu suluh beliau seakan-akan menyuruh aku meneruskan perjalanan...aku pun jalan laa mcam biasa sampai hujung sekatan tetiba aku dengar WISEL berbunyi...ntah melodi apa ntah...apa lagi...aku berhentilah...ingatkan apahal...datang lah seekor Polis berpangkat Lans/Korp datang membawa lampu merah dan meminta IC dan lesen aku...
membebellah beliau kepada aku dan rakan aku...katanya, aku telah melanggar sekatan jalan raya....KEPALA HANGGOK dia...mana ako tao...td dua orang polis sengal tuh bg signal mcam suh jalan...aku pon buat derk laaa...lagipon takkan lah tak cam aku masa aku lalu td...kepala HANGGAK dia...bengang sungguh aku di ketika itu (takot pon ada gak sbb dia ugut nak tembak!)....
apa lagi...terpaksalah aku dengar ceramah FREE daripada beliau dan tanpa segan silu, beberapa minit kemudian aku dilepaskan...dan setibanya di rumah...berbakul-bakul aku dan encik Zaidi memaki hamun beliau...sungguh kurang pahala puasa aku di ketika itu....huh...bengang sungguh...tapi takpa...nih lah pengalaman....takpa laa...

laa nih aku dah riang sebab dah cuti...so, masa tidow aku akan makin bertambah...begitu juga waktu beribadah aku akan tiada had masanya....kalao masa stay umah sewa tuari, amal ibadah aku terhad disebabkan assignment yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada aku...

so, aku sangat gembira...hope korang pon sama gak...!
ok..aku nk menidowkan diri kejap...maklumlah, malam tadi tidow lewat...pastuh tadi abes kelas, dalam pukul 10 lebeh aku dah cabut balek tampoi...hahahaha....malas nak layan anasir-anasir JAHAT kt umah sewa aku tuh....


ok...selamat semua...PEACE!



::mysterious::
hidupakuterus