Sabtu, September 29, 2007

Nuzul Quran

alhamdulillah...hari ini genap 17 hari kita menunaikan ibadah puasa...secara rasminya, bermakna hari ini adalah 17 Ramadhan...dan pada tarikh keramat inilah bermulanya wahyu ALLAH SWT disampaikan kepada Nabi SAW melalui malaikat Jibril AS semasa baginda SAW sedang berkhalwat (bersendirian) di Gua Hira'...
tarikh ini juga dikenali sebagai hari Nuzul Quran yang bermaksud peristiwa pertama Quran diturunkan dan sekaligus menjadikan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir semasa baginda berusia 41 tahun..
maka, marilah kita sama-sama memperingati tarikh ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan memperbanyakkan bacaan al-Quran sebagai tanda kita memperingati tarikh ini yang telah berlaku lebih 1400 tahun lalu...
ALLAH Maha Besar, Segala Pujian Bagi ALLAH, ALLAH Maha Suci...




::mysterious::
'juzukdemijuzuk'

Tiada ulasan: