Sabtu, September 29, 2007

Salam Lebaran dari theMysterious

alhamdulillah...tak lama lagi umat muslimin dan muslimat seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri...maka, akan berakhirlah bulan mulia RAMADHAN yang penuh rahmat di dalamnya...sedih plak nak abes puasa nih...
dalam ISLAM, Aidilfitri nih cuma pada 1 Syawal saja...tapi dah jadi tradisi orang Melayu Malaysia meraikannya selama sebulan...wow..
tapi tak salah sebenarnya, buleh kita nak raikannya asalkan niatnya betol...bagi mereka yang berjaya melaksanakan ibadah puasa selama sebulan, Syawal yang bakal menjelang ini memang benar-benar bermakna..kepada yang tak cukup puasa (kecuali WANITA) atau TAK BERPUASA langsung, tak payah lah lelebih nk sambut raya...korang bukannya puasa penuh pon...
so, di sini aku nk menyebarkan lagu-lagu raya koleksi aku...Selamat memuaturun...

Koleksi Aidilfitri theMysterious
Balik Kampung by Allahyarham Sudirman Hj Arshad
Pulanglah by Aishah
Setahun Sekali by Amy Mastura
Tanganku Hulur Maafku Pinta by alMizan
Suasana Hari Raya by Anuar Zain dan Elina
Sepasang Kurung Biru by Khairil Johari
Sesuci Lebaran by Datuk Siti Nurhaliza
Suara Takbir by Datuk Siti Nurhaliza
Tak Punya Siapa by Diana Naim
Bersama di Hari Raya by Amy Mastura
Nazam Lebaran by Datuk Siti Nurhaliza





banyak lagi yang aku akan muatnaik (upload)...TUNGGU!!!



::mysterious::
LebaranAidilfitri

Nuzul Quran

alhamdulillah...hari ini genap 17 hari kita menunaikan ibadah puasa...secara rasminya, bermakna hari ini adalah 17 Ramadhan...dan pada tarikh keramat inilah bermulanya wahyu ALLAH SWT disampaikan kepada Nabi SAW melalui malaikat Jibril AS semasa baginda SAW sedang berkhalwat (bersendirian) di Gua Hira'...
tarikh ini juga dikenali sebagai hari Nuzul Quran yang bermaksud peristiwa pertama Quran diturunkan dan sekaligus menjadikan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir semasa baginda berusia 41 tahun..
maka, marilah kita sama-sama memperingati tarikh ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan memperbanyakkan bacaan al-Quran sebagai tanda kita memperingati tarikh ini yang telah berlaku lebih 1400 tahun lalu...
ALLAH Maha Besar, Segala Pujian Bagi ALLAH, ALLAH Maha Suci...




::mysterious::
'juzukdemijuzuk'

Jumaat, September 28, 2007

Coretan Sekeping Hati...

lagi lakaran yang aku lakarkan...setiap lakaran yang aku buat masih tidak memuaskan hati aku...tak pernahnya aku rasa puas dengan apa yang aku lakarkan...rasanya macam tak kemas, tak sempurna dan pelbagai tak lagi...tapi takpe laa...sekadar tatapan untuk pengunjung yang berjaya menjejakkan IP mereka ke blog aku...korang tataplah lakaran yang entah apa-apa aku lakar nih...tapi di setiap lakaran ini tersurat apa yang tersirat dalam benak minda dan hati aku...
lakaran ini dikala tatkala terfikirkan tentang seseorang yang bergelar WANITA...nukilan adalah daripada lirik lagu daripada band Ungu dari Indonesia bertajuk Kekasih Gelapku...
aku rasakan lirik tersebut agak sesuai untuk aku memberikan sedikit penghormatan buat seseorang yang bergelar WANITA, terutama THE ONLY AND ONE...
mak aku...khas buat beliau, aku tujukan nukilan tersebut untuknya atas segala pengorbanan, belaian, kasih dan sayang terhadap aku, kakak dan adik-adikku...
juga aku tujukan buat seseorang yang bergelar WANITA yang mungkin sudi mengisi ruang kasih di dalam hatiku...walau hati aku masih kosong, namun aku tetap tujukan lakaran tersebut buat insan yang BAKAL mengisi ruang kasih dalam hati aku...

lakaran khas untuk menerjemahkan isi hati aku yang masih mencari sekeping hati CINTA dan KASIH...
nukilan daripada lirik lagu Imran Ajmain bertajuk Seribu Tahun yang menjadi tema drama bersiri KERANA CINTAKU SAERAH...
aku rasakan puitisnya sesuai untuk aku gambarkan pencarian aku...

tiada apa yang aku maksudkan untuk lakaran di atas...sekadar mengisi sedikit kekosongan di malam hari dan meningkatkan kreativiti lakaran aku... nukilan daripada lirik lagu Ebiet G Ade yang bertajuk Aku Ingin Pulang...

::mysterious::

'kosong&empty'


Ahad, September 23, 2007

Cara solat SEBENAR!

banyak kesamaran buat umat akhir zaman dalam melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT..namun, berkat kurniaan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, maka dapatlah kita panduan dalam mengerjakan amal ibadah..
contoh terbesar adalah ibadah solat...pelbagai kaedah dan fahaman serta amalan cara solat dalam melaksanakan rukun Islam yang ke-2 tersebut..apakah sebenarnya cara solat yang sebenar? terdapat beberapa pendapat ulamak dalam melaksanakan ibadah solat ini.. ada yang merujuk kepada cara solat Rasulullah SAW sendiri berdasarkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a.. aku sendiri agak kabur dengan cara solat yang sebenar..namun, berkat kecanggihan teknologi terkini, banyak artikel serta panduan cara solat sebenar (cara solat Rasulullah) dalam internet ini..
ada sahabat aku yang berpendapat, cara solat Rasulullah SAW adalah sunat..benarkah? bukankah apa yang dikerjakan oleh baginda SAW adalah yang sebenar-benarnya? maka kita sebagai umatnya wajib mengikut apa yang dilakukan oleh baginda SAW..bukankah solat itu merupakan perintah daripada ALLAH SWT kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada umat baginda akhir zaman ini?
pernah aku berbicara dengan teman serumah menyatakan pendirian aku dalam melaksanakan ibadah solat (walaupun aku seorang yang solat dalam rumah itu)...mereka tetap dengan pendirian yang mereka yakini dalam melaksanakan solat...perbicaraan aku dengan teman serumah hampir mencetuskan pergaduhan kerana beliau menegakkan keyakinan beliau begitu juga aku..namun, apa daya aku...sekadar mampu mendiamkan keyakinan aku...
Demi ALLAH! aku katakan pada saat ini, mereka (yang terlibat) hanyalah pandai berkata-kata namun tidak pula mampu melaksanakannya...(moga mereka berubah)..

pernah di suatu malam, selepas solat Isyak aku terfikir akan sesuatu...tentang bagaimanakah caranya aku melakukan amal ibadah yang sebenar kepada ALLAH SWT...seraya dengan itu juga aku berdoa (di dalam hati) supaya ALLAH SWT menunjukkan kepada aku cara solat yang sebenar...dan dengan izin-Nya, maka selang beberapa hari kemudian, aku terjumpa satu artikel dalam satu laman web islamiah yang menyatakan cara sebenar solat Rasulullah SAW (dalam bentuk video)..dari situ aku mula berfikir, mungkin ALLAH SWT telah memakbulkan doa aku...atau mungkin juga kebetulan...(WALLAHUALLAM, ALLAH Maha Mengetahui)...
so, di sini aku muatnaik video tersebut sebagai panduan yang ingin aku kongsikan untuk semua dalam memperbaiki amalan solat kita...mungkin nanti akan ada yang mengatakan aku membawa satu ajaran baru...(ALLAH Maha Mengetahui).. terpulanglah kepada mereka..namun niat aku satu supaya kita sama-sama mengamalkan amalan yang sebenarnya..sekiranya masih tidak berpuas hati dengan video yang aku muatnaik (masih tidak percaya), maka usah berpeluk tubuh...kajilah semampunya...dan aku telah mendapatkan beberapa panduan atau bukti yang menyokong apa yang aku amalkan daripada video tersebut...(ALLAH Maha Mengetahui)..

semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadah kita supaya kita sentiasa ingat kepada ALLAH SWT...moga nasib kita di sana (Padang Mahsyar) dipermudahkan urusannya...
INSYAALLAH...


Panduan Solat Nabi Muhammad SAW - akan datang!





::mysterious::
'kerna aku yakin'

Sabtu, September 22, 2007

Lembu, Anjing, Maksiat dan Dosa

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Kerana Cintaku Saerah

kalao ada sesiapa yang mengikuti slot samarinda di TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.30 malam, pasti menonton sebuah drama bersiri daripada SharulEzad yang bertajuk 'Kerana Cintaku Saerah'....
bukan aku nk komen drama nih pon, just nk berkongsi dengan anda semua akan lagu tema drama tersebut yang sedap didengar oleh telinga aku...memang asyik...lagu nyanyian saudara Imran Ajmain yang bertajuk Seribu Tahun nih memang best lah pada aku...so, di sini aku nk berkongsi dengan anda semua lagu tersebut...silalah memuat turun untuk dengar lagu tersebut...rasanya memang kena gak dengan drama tersebut...
aku suka watak Jibek dengan Nomi...lakonan berkesan oleh Benjy dan Norkhiriah...

Kerana Cintaku Saerah Theme - Seribu Tahun by Imran Ajmain







::mysterious::
'Jibek&Nomi'

Jumaat, September 21, 2007

KEMBALI...dengan karya yang SEGAR...

yaaa....setelah seminggu aku menghilangkan diri (bukan ke mana pun), kini aku kembali seperti biasa untuk mengemaskini OFFICIAL Site aku ini untuk minggu-minggu yang sekian kalinya...moga pengunjung yang sudi menziarah Site aku ini sedikit sebanyak dapat mengenali diri aku yang sungguh misteri ini...
di sini aku selitkan sedikit lakaran karya aku yang aku lakarkan atas permintaan beberapa orang teman dan juga atas permintaan diri sendiri...hihihi...dah lama tak melakar dek kerana kesibukan yang melanda dengan pelbagai assignment yang perlu diutamakan...
selamat menikmati karya aku ini...
(p/s: kalao nk copy buleh, tp bgtau dulu...dan kalao ada sebarang permintaan buleh lah berbuat demikian dengan melungsuri sites aku yang lain atau direct email aku: leo.crapvirus@gmail.com atau Y!M aku dengan ID brobear_dit@yahoo.com.my )
ini lah hasil ilham aku pada malam 09 Ramadhan lalu...atas permintaan seorang sahabat, terhasillah karya aku ini yang tidak seberapa...ilustrasi asli dari aku dengan nukilan daripada brother Aie (kartunis) yang aku gunakan untuk menghasilkan satu seni khas untuk si 'dia'...
juga karya aku untuk seorang sahabat...atas permintaannya, maka terbitlah karya ini...dengan ilustrasi asli daripada aku yang tak seindah mana, dan dengan nukilannya yang aku gunakan untuk memperindahkan lagi lakaran karya aku ini..
ini adalah karya asli aku...ku cuba melakar wajah sendiri namun tak menjadi...tapi inilah ilustrasi aku yang asli bertemankan nukilan brother Aie lagi...nukilan brother Aie ini sungguh puitis sehingga aku amat tertarik dengan setiap lenggok bahasanya...indah sungguh..
lakaran ini adalah sebagai cover file case aku...inilah inspirasi pertama aku dalam bersungguh-sungguh menghasilkan lakaran yang penuh bermakna buat diri aku...setiap nukilan yang aku catatkan memberi sedikit sebanyak semangat pencetus ilham...tahniah buat brother Aie...
::mysterious::
"karyaku yang ikhlas"

Ahad, September 16, 2007

HILANG SEBENTAR!

ASSALAMUALAIKUM.... WBT...

dalam masa terdekat ini (lebih kurang seminggu) aku tak dapat mengemaskini blog aku nih...so, sesapa yang teringin nk muaturun (download) apa-apa fail daripada aku, harap bersabar...dan sekiranya ada sebarang masalah, buleh tinggalkan sebarang pesanan dalam mana-mana sites aku..(friendster, dsb) atau email kepada aku (leo.crapvirus@gmail.com, hafnor@johordt.com atau brobear_dit@yahoo.com.my)...




kesudian anda mengunjungi OFFICIAL Site aku ini aku dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...





SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA!
Tunaikan Rukun Islam yang ke-3!


::mysterious::
"M.I.A"

Sabtu, September 15, 2007

Tanda-tanda Lailatul Qadar

  1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Hanya ALLAH Maha Mengetahui...



::mysterious::
'7 likur'

Kelebihan Solat Tarawikh malam 1 - 15

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mengetahui akan segala nikmat dan kelebihan amalan yang kita lakukan...sebaik-baik amalan adalah 'AMALAN YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT'

::mysterious::
'amal & ikhlas'

Jumaat, September 14, 2007

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."



Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."




Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."




Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."




Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



source: DarulNuman

Khamis, September 13, 2007

Nasyid Ramadhan

sempena awal Ramadhan ini, aku dengan murah hati telah mengupload lagu-lagu menyambut bulan Ramadhan...so, sesapa yang nak, buleh download...klik jer link kt bawah nih...
::mysterious::
"indahnya Ramadhan"

Kisah Satu Ramadhan

ya...hari ini adalah 1 Ramadhan 1428H juga merupakan hari pertama umat Islam berpuasa...menunaikan rukun Islam yang ke berapa???yaa...yang ketiga...so, dalam hari pertama ini...biasalah...hari pertama Ramadhan, seluruh Johor akan bercuti...so, aku pun sama laa cuti...bila dah cuti..baleklah umah famili nk sambut awal Ramadhan...
bila balek jer, mcm biasa gak...on PC...bila OS dah running, dah masuk Windows...aiseh...problem daaa....PC aku infected...bila aku scanning..fuhh...dasat....29 jenis virus melepak dalam PC aku selama nih...kuang ajo....so, untuk menyelamatkan segala data-data yang berharga, terpaksalah aku backup...untuk backup data aku nih mengambil masa yang lama disebabkan sistem Windows aku terganggu..so, hari pertama berpuasa nih, aku mengabeskan masa aku membackup data...lepas dah backup..apa lagi...kasi hapus itu virus...aku pn formatlah PC aku...apa kes???bila dah format PC, kenalah install balek apa-apa software yang sebelum nih dah install...alaaa....nk kena cari balek cd Software tuh....ntah memana ntah aku letak cd-cd tuh...
so, inilah pengalaman hari pertama berpuasa bagi aku pada tahun ini (1428H)...
korang plak mcmana??
::mysterious::
"puasa jgn tak puasa"

Ahad, September 09, 2007

Ahlan Ya Ramadhan 1428H


ya salam...tak berapa hari jer lagi Syaaban akan beralih meninggalkan tahun 1428H...dan tak berapa hari saja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan umat Muhammad, Ramadhan al-Mubarak 1428H...
sekejap jer dah puasa...dan tanpa kita sedar, masa yang berlalu ini semakin meningkatkan usia kita...semakin kita hampir kepada kematian...
dalam bulan inilah kita perlu memperbanyakkan amal ibadah semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan...
sempena kehadiran Ramadhan al-Mubarak 1428H ini, aku ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin seandainya selama ini aku melakukan kesalahan secara sedar atau tidak...ku pohonkan kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki...
semoga Ramadhan kali ini memberi kita banyak keberkatan...AMINNN....

::mysterious::
"lailatul Qadar ku nanti"
27 Syaaban 1428H

Sabtu, September 08, 2007

Tekanan dan Tertekan....aaaarrrrgggghhhh....

menjelang bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini, aku terasa ditekan-tekan oleh bebanan tugas sebagai pelajar semester akhir....arggghhh...mcm mcm benda nk submit...dalam masa tiga hari sebelum puasa ini aku ada lebih kurang enam perkara perlu aku selesaikan....

hari ISNIN/10hb Sept:
hari ini ada dua perkara perlu aku setelkan...dengan LAB E-Commerce serta tugasan ntah apa apa ntah yang diberi oleh tukang ajar aku...mcam macam jer yang dia mtk...mtk laa benda lain...bukan aku minat pon pasal E-Commerce nih...nasib baik aku takda pilihan...kalao tak, tak hingin aku amik modul nih...

hari SELASA/11hb Sept:
hah...nih satu lagi hari yang menekan aku...pepagi lagi aku ada individual presentation pasal interview...tuh ok lagi...yang menekan sekarang nih adalah tentang resume dgn cover letter...advertisement job vacancy pon tak cari lagi nih...adddoooiii...

lepas tuh plak...kena tunjuk 50% projek animasi aku kt penyelia projek...dah lah satu benda pon tak animate lagi...aku br syok melakar watak-watak animasi...tup tup...dah kena tunjuk 50%...tak ker tertekan...siap dengan draf pertama laporan akhir plak...tuh buleh handle lagi...aku cilok sem lepas punya jer laaa....


hari RABU/12hb Sept:
nih last day...satu lagi hari yang menekan...dalam satu hari ni ada banyak sangat perkara nk disetelkan...pepagi lagi kena submit mini projek Sistem Maklumat...lepas tuh siap nk buat ujian 1 plak...aduuhhh....

lepas ujian 1 Sistem Maklumat, ada plak ujian 1 atau kuiz 2 Pengurusan Projek...lemah betollah...
dalam satu hari aku kena struggle banyak benda nih...study itu, study ini...buring.....AAAARRRGGGGHHHHH....



moga hari hari itu cepat berlalu...tak sabar rasanya nk menyambut kedatangan RAMADHAN 1428H...



::mysterious::
"buleh gila agaknya"

Sabtu, September 01, 2007

MiSTI @ PERSADA JB

yosh..inilah rakaman aku pada MiSTI (Minggu Sains Teknologi dan ICT) Johor di PERSADA JB...korang mesti tertanya tanya...apa plak kayuh basikal kt dalam pameran tuh kan...? tuh bukan basikal tuh...tu adalah salah satu ciptaan sains yang dipamerkan oleh PETROSains...nama dia aku tak tau...tapi fungsi dia aku tau laa...bila kita kayuh, dia akan ada musik...seolah olah kita mainkan piring hitam laa...bila kayuh, musik dimainkan...tapi bila tak kayuh...takda la musiknya...aku kagum gak dgn ciptaan PETROSains nih...apa pun...rakyat Malaysia Boleh...MALAYSIA Boleh!


::mysterious::

"Jaga pintu masuk jer"

MERDEKA!!!

Salam semua...hah...semalam Malaysia telah pun berusia 50 tahun...aku tak sempat nak update blogs aku nih pada tarikh keramat semalam...tapi aku rasa, aku masih belom terlewat nak melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!....
Salam merdeka buat semua...bebaskan diri daripada jajahan asing, nafsu dan syaitan...! moga keamanan dan kemerdekaan ini kekal selamanya...AMINNN...
PEACE!


::mysterious::
1 Sept 2007
20 Syaaban 1428H